|
|
Berita Timur
40 Anggota Keluarga Diberi Kebenaran Khusus Ikuti Aktiviti PLKN
KUALA KRAI, 11 Jun (Bernama) -- Seramai 40 anggota keluarga kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Batu Jong di sini, teruja apabila diberi peluang merasai sendiri aktiviti di kem tersebut.
Mereka diberi kebenaran khusus selama sehari untuk mengikuti dua modul iaitu aktiviti fizikal dan pembinaan karakter.
Rohani Shafein, 47, dari Setiu, Terengganu berkata walaupun diberi peluang mengikuti dua daripada empat modul yang dikhususnya kepada pelatih, ternyata pengalaman sehari di kem tersebut 'membuka matanya' mengenai program PLKN.
Ditanya mengenai perkembangan anaknya Muhammad Aminudin Jamaludin, 18, yang mengikuti latihan di kem itu, beliau gembira dengan perubahan yang berlaku ke atas anaknya walaupun baru menjalani latihan selama sebulan di kem tersebut.
"Saya bersyukur dengan perubahan yang berlaku kerana Aminudin sebelum ini seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakannya.
-- BERNAMA
|
|
|
|