English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

May 25, 2012 14:29 PM

Premis Perniagaan Runcit Musnah Terbakar, Peniaga Rugi RM760,000

PEKAN, 25 Mei (Bernama) -- Sebuah premis perniagaan runcit yang diusaha sejak 50 tahun lepas, musnah dalam satu kebakaran di kampung Mengkasar, Pekan mengakibatkan kerugian RM760,000.

Pemilik perniagaan itu, Ismail Ibrahim, 37, berkata dalam kejadian 4 petang Khamis, beliau dan isteri, Norashikin Abdul Hamid, 39, serta tiga pekerja mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sebelum kejadian, saya dan isteri sedang minum petang sebaik saja selesai menerima bekalan barangan dapur yang dihantar, sebelum terdengar bunyi letupan kecil dari stor," katanya ketika ditemui di sini.

Sejurus selepas itu katanya api mula merebak dengan pantas dan gagal dipadamkan dengan alat pemadam api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Ab Rahman Safi berkata tiga jentera bersama 24 anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel