English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

June 11, 2012 18:34 PM

Golongan Lelaki Penderma Darah Paling Ramai Kepada PBSM Kuching

KUCHING, 11 Jun (Bernama) -- Golongan lelaki merupakan kumpulan paling ramai menderma darah kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Kuching berbanding wanita tahun lepas, kata Timbalan Pengerusinya Dr Chou Chii Ming.

"Sebanyak 18,829 pain darah diderma oleh golongan lelaki berbanding 3,512 pain darah oleh wanita," katanya kepada pemberita selepas membuat kunjung hormat terhadap Menteri Kebajikan, Wanita dan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah di sini Isnin.

Dalam pada itu, Fatimah berkata beliau dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah kementeriannya serta Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu menggalakkan lebih ramai golongan wanita untuk menderma darah.

Katanya golongan wanita merupakan kumpulan yang paling ramai menggunakan darah daripada tabung darah di Hospital Umum Kuching, khususnya di wad bersalin.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel