English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

June 11, 2012 21:28 PM

Majlis Peguam Diingat Jaga Sensitiviti Umat Islam

MELAKA, 11 Jun (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee agar menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dengan tidak mencampuri urusan agama Islam.

Beliau berkata seluruh rakyat negara ini memahami bahawa hal berkaitan Islam tidak boleh dicampuri oleh mereka yang bukan Islam.

Katanya ia menjadi tanda tanya apabila Lim tidak memahami berhubung perkara tersebut.

"Hal yang berkaitan dengan Islam menjadi terlalu sensitif sekiranya dicampuri oleh mereka yang bukan Islam dan ini amat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Cuma saya tidak faham ada orang yang memahami peraturan ini yang cuba nak campur hal institusi mufti dan juga agama Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Lim melalui laman web badan berkenaan yang didakwa mempersoalkan pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman 2008) sebagai tidak berperlembagaan kerana tidak membenarkan fatwa oleh mufti dicabar di mahkamah.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel