English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

June 01, 2012 18:25 PM

Perdana Menteri Rasmi Tilawah Al-Quran Kebangsaan Di Johor Isnin Ini

JOHOR BAHARU, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-54 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini Isnin ini.

Sejumlah 27 qari dan qariah dari semua negeri, kecuali Kelantan yang tidak menghantar wakil qariah, akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' itu yang berlangsung selama lima hari.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa berkata pemilihan tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini bersatu padu, bekerjasama, saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya Malaysia mampu menjadi negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata dalam situasi masyarakat yang semakin alpa dengan tanggungjawab yang diamanahkan, menjadi kewajipan sesama muslim untuk saling mengingati dan mempererat lagi hubungan agar setiap ancaman dapat diatasi bersama.

"Jaringan yang mantap juga akan menghasilkan semangat persaudaraan yang unggul seterusnya memperkasakan ikatan perpaduan ummah yang disegani di mata dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel