|
|
Berita Selatan
Lembaga Muzium Negeri Sembilan Adakan Pameran Mutiara Kata Za'aba
JEMPOL, 4 Mei (Bernama) -- Lembaga Muzium Negeri Sembilan mengadakan Pameran Mutiara Kata Za'aba di Teratak Za'aba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir dekat sini bermula Jumaat.
Pengarahnya Shamsuddin Ahmad berkata pameran selama tiga bulan ini adalah bagi menghargai jasa Za'aba atas sumbangan beliau dalam bidang bahasa, sastera, sosiobudaya, agama, politik dan pendidikan.
"Pameran ini juga dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi sumbangan seorang tokoh yang berjasa melalui karya penulisan peninggalannya.
"Selain itu, pameran ini turut memperkenalkan Pendeta Za'aba sebagai tokoh Negeri Sembilan yang masyhur kepada pelancong tempatan dan luar negara," katanya kepada Bernama di sini.
-- BERNAMA
|
|
|
|