English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

July 24, 2012 17:32 PM

BN Sabah Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Bumburing

KOTA KINABALU, 24 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sabah masih belum menerima laporan berhubung peletakan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, pada Isnin.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau belum menerima sebarang laporan mahupun surat peletakan jawatan itu kerana berada di Kuala Lumpur.

"...yang penting usaha kita untuk menolong dan membantu rakyat khususnya yang tinggal di luar bandar, itu yang kita mesti utamakan iaitu pembangunan yang mahu kita bawa di setiap pelusuk negeri Sabah.

"Jadi saya minta kawan-kawan, rakan-rakan semua daripada BN dan Umno supaya terus mengeratkan lagi kerjasama supaya apa jua program, projek yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik untuk memberi manfaat maksimum kepada seluruh rakyat negeri Sabah," katanya.

Musa ditemui pemberita selepas mewakili Perdana Menteri dan isteri menyerahkan air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada masjid-masjid dan imam sempena bulan Ramadan di sini, pada Selasa.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel