English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

May 18, 2012 19:32 PM

Usahawan Sabah Disaran Wujudkan Produk Sabah Untuk Difrancais Ke Seluruh Negara

KOTA KINABALU, 18 Mei (Bernama) -- Usahawan di negeri ini disaran untuk membangunkan dan mengeluarkan produk istimewa Sabah berasaskan makanan tempatan yang boleh difrancaiskan menerusi Program Francais Komuniti ke seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perniagaan francais komuniti berpotensi untuk diceburi terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan.

"Di Sabah, untuk (Pakej Francais) Mikro belum ada lagi sebab kita baru bawa dan kita harap lepas ini, francais mikro berkembang di Sabah."

"Apa yang saya minta ialah mereka (peniaga) cuba cipta sendiri produk tempatan untuk difrancais secara tempatan dahulu sebelum ke seluruh negara. Ini kerana francais yang dibawa dari Semenanjung kadang-kadang tidak menguntungkan francaisor...itu yang menyebabkan ia tidak berkembang," katanya Jumaat selepas melancarkan program francais Komuniti di Taman Putra Jaya, Telipok di sini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas tahap penyertaan usahawan atau peniaga Sabah terhadap Program Francais Komuniti.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Sambil memberi contoh produk "burger Sabah" dan makanan sop Sabah, beliau berkata produk seumpama itu boleh diketengahkan untuk tujuan perniagaan jenis itu.

Bagi maksud itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM8 juta bagi Skim Pinjaman Kecil Francis (SPKF) bagi membantu bakal usahawan untuk menceburi peluang perniagaan francais secara mikro.

Ismail Sabri berkata sehingga 14 Mei tahun ini, 144 permohonan diluluskan di bawah SPKF dengan jumlah pembiayaan yang diluluskan sekitar RM3.2 juta.

Sehubungan itu, Beliau meminta usahawan di negeri ini supaya merebut peluang perniagaan itu dengan memohon pinjaman mudah tanpa cagaran itu sehingga RM50,000 dengan kadar yuran perkhidmatan 3.0 peratus setahun yang boleh dibayar dalam tempoh lima tahun.

Ismail Sabri berkata bermula 9 Oktober sehingga 14 Mei tahun ini, sembilan program francais komuniti diwujudkan dengan potensi nilai pelaburan francaisi menjangkau RM66.3 juta dengan jumlah potensi bilangan francaisi sekitar 619.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel